• Halal Tours
  • Halal Tours
  • Halal Tours
  • Halal Tours
  • Halal Tours
  • Halal Tours
  • Halal Tours

Tentang Halal Tours

Tentang Halal Tours
Kami, Halal Tours, yang ditubuhkan di bawah Beijing TIanma Global (Beijing) International Travel Agency co, LTD adalah sebuah agensi pelancongan di China yang terlibat secara khusus dalam penerimaan pelancong Muslim luar negara ke China. Kami adalah Ejen Perjalanan Muslim Tunggal di China, yang dilantik oleh China Islamic Association, untuk menjadi rakan kerjasama yang mengendalikan Muslim Tours.

Kami mengenali dan menyukai Masyarakat Muslim, dan kami mempunyai kemampuan menerima pelancong yang sangat bagus. Sejak tahun 1980, kami telah menerima sejumlah besar pelancong Muslim dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Amerika Utara dan negara-negara lain. Kami mempunyai reputasi baik dan mendapat penghormatan dari mereka.

Kami mempunyai sekumpulan pemandu pelancong profesional berbahasa Inggeris, berbahasa Indonesia, berbahasa Melayu dan berbahasa Arab, yang berpengetahuan mengenai budaya Islam, untuk memberikan perkhidmatan profesional kepada pelancong Muslim. Di China, kami menjalin hubungan kerjasama yang sangat baik dengan hotel, restoran Halal dan syarikat pengangkutan. Oleh kerana kebanyakan dari kami beragama Islam, kami juga berhubungan erat dengan Persatuan Islam tempatan, Masjid dan Imam terkenal di seluruh China.

Di tempat-tempat pelancongan dalam pakej kami, para pelancong Muslim berpeluang untuk menunaikan solat bersama muslim tempatan di masjid-masjid dan mengunjungi kediaman muslim tempatan. Pelancong dapat merasai sendiri kekayaan budaya yang terhasil dari bangsa-bangsa yang berbeza di sini. Kami menyediakan kemudahan solat, seperti sejadah dan kompas, sekiranya diperlukan oleh pelancong. Kami juga akan memaklumkan kepada mereka mengenai waktu solat lima waktu setiap hari di tempat yang berbeza di China.

Kami adalah ejen pertama di China yang mengatur acara untuk peristiwa keraian dalam Islam setiap tahun untuk kumpulan pelancong. Kami mengadakan aktiviti untuk meraikan Hari Keputeraan Nabi Muhammad (Maulidur Rasul), Hari Raya AidilFitri, dan Hari Raya AidilAdha. Justeru, melalui perkhidmatan kami, pelancong Muslim bukan sahaja dapat menikmati makanan halal tempatan, memahami sejarah dan peradaban kuno China, malah juga dapat merasai pengalaman gaya hidup dan adat istiadat Muslim luar negara, Muslim berbangsa Cina, dan Muslim di Negara China.

Halal Tours mengalu-alukan kedatangan anda ke China!
Halal Tours Team

Tempat yang disyorkan

Mula merancang percutian anda hari ini!
Kini anda boleh merancang perjalanan anda bersama keluarga dan kawan-kawan.
Rancang dengan sempurna dan nikmati memori indah sekarang.
Hubungi Kami Sekarang

Hubungi Kami

Halal Tours
Alamat:
Beijing Chaoyang District East TuCheng Road 8 Linda Building A, 16F
Tel:
0086-10-51661787
E-mel:
info@halaltourschina.com
Lesen No.:
L-BJ-CJ100101
Maklumat untuk dihubungi
Nama*
Alamat emel*
Alamat E-mel (Pengesahan)*
Nombor Telefon*
Tarikh Perjalanan Pilihan*
Lokasi Perjalanan Pilihan*
Jumlah Dewasa*
Jumlah Bilangan Kanak-kanak
(Umur 2 hingga 12 tahun)
*
Mesej*